Sunday, 13 January 2013



Di dalam perjalanan ke arah Stesyen LRT Pasar Seni saya bertembung dengan Auntie Reformasi berhampiran Petaling Street, beliau sedang memberi kata-kata semangat kepada peserta-peserta #HKR112, dan di kesempatan itu saya tidak lepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau.

Selepas saya bergambar dengan beliau, beliau juga tunjuk kepada isteri saya dan berkata, "Your wife too," dan Kak Hendon juga tidak lepaskan peluang bergambar dengannya.

Setelah itu kami berjalan ke Stesyen LRT Pasar Seni, wow, begitu ramai, ribuan manusia di Stesyen itu.  Saya dan Kak Hendon melangkah ke arah Pasar Seni untuk mencari Restoran, maklumlah, masuk ke Stadium Merdeka tadi jam 12.30 tengah hari, belum makan, dan keluar dari Stadium jam 5.30 petang, belum makan.  Lapar tetapi lebih haus dari lapar!

Sampai di Restoran Mamak, wow, sudah penuh di sana.  Orang begitu ramai beratur mendapatkan makanan, ada nasi dan ada roti tempayan, di sebelah belakang ada nasi goreng dan mee goreng.

Mula saya pinta roti tempayan.  Sudah kehabisan.  Saya pinta pula nasi dan ayam goreng, tak sempat juga, sudah habis.  Saya pergi ke kounter belakang, pinta nasi goreng ayam.  Ada 3 pinggan saja lagi.  Sempatlah saya satu pinggan berkongsi dengan Kak Hendon.

Entahlah orang lain yang begitu panjang beratur dan tidak tahu bahawa makanan sudah habis.  Tentulah mereka itu pinta minuman saja, tetapi kalau mereka mahu, mereka boleh pinta mee goreng, nampak macam masih ada  untuk lebih kurang 20 orang lagi.

Jadi, siapa kata HKR memendekkan rezeki?  Penjaga wang di kounter tu, mungkin towkaynya atau pun anak towkay Restoran tu, nampak berseri muka dengan senyumnya, tentulah pada hari biasa sukar mahu habis makanan berbagai jenis itu.

Selepas makan saya dan Kak Hendon redah jugalah ke Stesyen LRT Pasar Seni dan membeli tiket ke Gombak kerana Surina menunggu kami di Stesyen LRT Gombak.  Kami sampai di Temerloh sudah menghampiri jam 10.00 malam, kami berhenti solat dan berhenti minum.

Alhamdulillah, HKR adalah satu kejayaan yang sangat besar dan mempunyai erti simbolik perjuangan rakyat yang akan menenggelamkan UMNO/BN.

RAKYAT MARHAEN: #KL112 : Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol...

RAKYAT MARHAEN: #KL112 : Gambar-gambar Menarik Sekitar HKR 112 Vol...