Saturday, 29 December 2012

Ini adalah posting pertama saya melalui blog ini.  Saya namakan blog saya ini Keadilan Simple and Pure.  Ini bererti bahawa saya ingin tonjolkan melalui blog ini perjuangan untuk keadilan didalam semua aspek kehidupan, keadilan untuk rakyat, keadilan untuk semua kaum, keadilan untuk mesyarakat tertindas dan keadilan demi rakyat, simple and pure.

Perjuangan untuk mencapai keadilan bukanlah mudah terutamanya didalam negara seperti Malaysia yang ditadbirkan oleh golongan yang gila kuasa, mempertahankan kuasa dengan apa cara sekalipun, dan kuasa yang ada pada mereka itu disalahgunakan semata untuk kepentingan golongan atasan tetapi memperalatkan golongan bawahan.

Hanya segelintir manusia yang ada di negara ini yang mengecap segala kemewahan, dan dengan kuasa yang mereka ada itu, mereka menyalahgunakan kuasa demi mengaut kekayaan negara untuk golongan mereka dan kroni-kroni mereka.

Oleh kerana mereka berkuasa mereka dengan mudah dapat menarik sokongan rakyat dengan cara yang tidak jujur iaitu dengan menggunakan kekayaan negara merasuah rakyat dengan berbagai nama seperti durian runtuh, brim, bantuan sekolah dan sebagainya, dan didalam mereka memeberikan sedikit habuan kepada rakyat yang melalaikan rakyat, mereka mengaut segala keuntungan dan kekayaan negara untuk mereka.

Mereka yang berkuasa itu lebih senang kalau rakyat sentiasa berada didalam keadaan kemiskinan kerana hanya apabila rakyat miskin sahajalah mereka dapat memberikan habuan dan rasuah kepada rakyat, dan dengan keadaan rakyat yang masih diselubungi kedhaifan dari segi kefahaman politik dan perjuangan, rakyat terus boleh ditipu oleh mereka.  Rakyat yang miskin hanya diberikan sedikit gula-gula sudah lelap mata dan terus menyokong golongan pemerintahan yang rakus.

Maka blog ini mahu mendedahkan kerakusan ini agar rakyat sedar bahawa mereka sentiasa dipermainkan dan tidak dapat membezakan antara intan dan kaca.

Keadilan adalah perjuangan untuk rakyat, dari rakyat, demi rakyat; keadilan tidak berpaut kepada kefahaman dan perkauman yang sempit.  Keadilan adalah untuk rakyat majoriti, untuk golongan masyarakat terbesar, untuk golongan karyawan, golongan marhaen, golongan tani, golongan buruh, golongan nelayan, golongan berpendapatan rendah, golongan penganggur, kakitangan kerajaan dan badan berkanun, kakitangan swasta, polis dan tentera dan kakitangan beruniform, yang rata-rata golongan ini adalah golongan sederahana, dan miskin tetapi golongan majoriti didalam masyarakat negara ini.

Saya mengajak semua mereka yang melawati blog ini nanti supaya berkongsi dengan saya dan menyumbangkan apa juga pandangan, komen dan artikel demi kebangkitan rakyat untuk kesedaran agar rakyat tidak lagi berpihak kepada golongan yang rakus kuasa, golongan minoriti didalam masayarakat yang sentiasa menyalahgunakan kuasa dan mengaut kekayaan negara untuk golongan dan kroni mereka.

Keadilan, simple and pure.  Reformasi, Demi Rakyat.

No comments:

Post a Comment