Rakan-rakan saya mempersoalkan saya kenapa saya sentiasa kaitkan kejahatan dan kezaliman Amerika apabila berbicara tentang Iran, Iraq dan Syria.
Iran itu Negara Syiah. Shah Iran adalah seorang Syiah. Khomeini juga seorang Syiah. Penjara-penjara di Iran dipenuhi dengan ribuan pejuang-pejuang yang menuntut keadilan dan demokrasi. Pemimpin utama Pembangkang, Ayatollah Khomeini di buang negara ke Peranchis, dan dari Peranchis Khomeini berinteraksi dengan rakyatnya, sehinggalah Syah Iran yang zalim itu dapat ditumbangkan dan ditegakkan Kerajaan Rakyat diatas nama Rebolusi Islam.
Peristiwa ini menaikkan semangat semua pejuang-pejuang Islam antarabangsa samada mereka itu Syiah atau Sunni. Yang membenci Rebolusi Iran adalah kebanyakan Negara Teluk yang diperintah secara kukubesi oleh Raja-Raja, sesetengah mereka itu adalah juga Syiah, tetapi mereka benci kepada Rebolusi Syiah di Iran kerana mereka mahu berpaut kepada Takhta dan Minyak mereka.
Bagaimanapun, Rebolusi Iran membawa perubahan kepada pemikiran rakyat negara-negara Teluk, kerajaan-kerajaan diktator beraja merubah sistem politik mereka, peringkat awalnya mereka membenarkan rakyat bukan Raja menduduki kabinet-kabinet negara mereka, dan akhirnya mereka adakan pilihanraya terhad, tidak semua wakil rakyat dipilih, sebahagiannya dilantik, dan wanita tidak boleh mengundi atau diundi. Akhirnya sistem ini juga mereka ubah dengan membenarkan pengundian umum, bukan saja wanita boleh mengundi, wanita juga boleh menjadi calon.
Inilah baham Rebolusi Iran mencetuskan perubahan besar di negara-negara Teluk sehinggakan Arab Saudi yang begitu konserbatif pun sudah mula membuat demokrasi terhad dan pilihanraya terhad.
Negara-Negara beraja ini bukan menentang Rebolusi Iran kerana dipimpin oleh Syiah. Mereka mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Iran yang diperintah oleh Shah Iran, walhal Shah itu adalah juga Syiah dan kesemua keluarganya adalah Syiah. Mereka menentang Rebolusi Iran kerana takut kedudukan mereka tergugat, dan di kebanyakan negara-negara Teluk ini, penduduknya adalah Syiah.
Negara-Negara Teluk tidak pula menyokong Saddam Hussain semasa Saddam berhadapan dengan pencerobohan Amerika walhal Saddam itu adalah seorang Sunni daripada mazhab minoriti di Iraq. Majoriti rakyat Iraq adalah Syiah.
Tidak juga negara-negara Teluk kecuali Syria yang menyokong Saddam ketika Saddam berhadapan dengan kebangkitan rakyat Iraq yang disokong oleh Amerika untuk menggulingkan Saddam, bahkan negara-negara Teluk menghabiskan berbillion dollar untuk membantu Amerika menggulingkan Saddam.
Maka tak usahlah dihebohkan bahawa perjuangan di negara-negara Teluk ini adalah kerana perjuangan Sunni menentang Syiah. Tidak betul. Apa yang berlaku ialah Syiah menentang Syiah, Sunni menentang Syiah, Syiah menentang Sunni. Pokok pangkalnya bukan pegangan aqidah ini dijadikan ilham perjuangan.
Perjuangan Palestin dibantu dengan hebatnya oleh Iran dibawah pimpinan Ahmad Dineijad, seorang Syiah dan Iran itu adalah negara Syiah sedangkan perjuangan Palestin itu samada yang berkiblat kepada Fattah mahu pun sebaliknya adalah bermazhab Sunni. Syiah Iran memberi sokongan kepada perjuangan Palestin untuk bertentangan dengan Zionis Israel, Iran membekalkan wang, senjata dan makanan kepada pejuang-pejuang Palestin.
Di Lebanon juga wujud kumpulan yang kuat menentang pemerintahan disana yang berkiblat kepada Amerika Syarikat, dan mereka mempunyai kekuatan sendiri, mereka mampu menentang Israel sehingga Israel hilang selera bertentangan dengan mereka. Golongan ini turut dibiayai oleh Iran dan Syria, dan golongan yang berani di Lebanon ini adalah golongan Syiah.
Di Syria, majoriti penduduknya adalah berpegang kepada Sunni tetapi pemerintahnya adalah dari golongan Syiah. Kalau kita lihat di Iraq dulu, Saddam Hussain adalah golongan Sunni manakala majoriti rakyatnya adalah Syiah.
Negara-Negara Arab pada waktu itu menentang Saddam Hussain bukan kerana mereka Syiah, mereka itu adalah Sunni, tetapi mereka takut pengaruh Saddam Hussain menjalar ke negara-negara mereka dan melakukan pemberontakan membuang pemerintah-pemerintah di negara-negara itu yang berlindung di bawah payung Amerika.
Di Negara-Negara Arab itu, hanya Saddam Hussain, keluarga Al-Assad, dan pemerintah Libya sahaja yang sanggup menentang Imperialisme Amerika, dan di luar kawasan negara Arab, Iran menjadi tunggak utama menentang Imperialisme Amerika.
Al-Assad seperti juga Saddam Hussain menzalimi rakyatnya. Mereka berhak menentang kezaliman itu, dan hak mereka itu bukan kerana mereka Sunni atau Syiah, tetapi hak mereka itu adalah kerana pemerintah mereka melakukan kezaliman. Diatas nama menentang kezaliman ini, saya tidak ada halangan memberikan persetujuan perjuangan rakyatnya untuk menggulingkan pemerintah mereka yang zalim, tetapi saya tidak boleh beli jika hendak dijual dengan brand bahawa kerana pemerintah itu Sunni (seperti Saddam) atau Syiah (seperti Al Assad).
Dan percaturan politik yang lebih besar di negara-negara Arab terutamanya di Negara-Negara Teluk adalah kehadiran Imperialisme Amerika dan kekuasaan Eropah dibawah payung NATO.
Mereka ini bukan saja gila kuasa, mereka gila minyak dan mereka mahu jadikan semua telaga minyak di rantau itu dikuasai oleh mereka. Mereka akan serang semua negara minyak yang enggan tunduk kepada mereka. Mereka telah serang Iraq di bawah Saddam kerana Saddam walaupun menzalimi rakyatnya tetap berpegang kepada perjuangan menentang Amerika; dan negara-negara Arab pada waktu itu turut membantu Amerika dengan logistik dan kewangan besar bagi menggulingkan Saddam.
Inilah akan berlaku di Syria. Betul bahawa rakyat Syria juga menentang pemerintahan Al-Assad dan itu adalah hak mereka sebagai golongan yang dizalimi. Tetapi Amerika, melalui PBB dan lain-lain Forum antarabangsa bersama sekutunya NATO telah menyatakan penentangan mereka kepada Al-Assad, dan mereka juga mengaturkan serangan-serangan terhadap Syria. Buat masa ini mereka membekalkan senjatah kepada puak-puak pembangkang di Syria, dan akan sampai masanya, seperti di Iraq mereka sendirilah yang akan menyerang pemerintah Syria sehingga golongan Al-Assad ini terguling seperti kejadian di Iraq.
Dan pada waktu itu adakah pemerintah-pemerintah Syiah di negara-negara Teluk akan memihak kepada Al-Assad diatas pegangan agama? Iraq yang kini diperintah oleh Syiah dan dipayungi oleh Amerika sudah tentu tidak akan memihak kepada Al-Assad. Ini bukan perjuangan Syiah menentang Sunni atau Sunni menentang Syiah!
No comments:
Post a Comment